TOPIK 4: PENGURUSAN MURID




Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian terpenting dalam proses pentadbiran sekolah. Pengurusan murid yang baik amat penting dalam memastikan murid yang dilahirkan adalah berkualiti serta mampu membawa perubahan kepada negara dalam pelbagai aspek pada masa akan datang. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid. Pengurusan ini perlu dilakukan secara sistematik dan tersusun bagi memastikan objektif dan matlamat sekolah tercapai seperti yang dihasratkan. Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Perancangan ini merupakan aspek yang paling penting kerana ianya akan menentukan objektif dan matlamat yang hendak dicapai sekaligus menetapkan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan. Pentaksiran pula melibatkan pengamatan dan memerhati perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan dalam pelbagai aspek pengurusan murid. Pengelolaan pula merujuk kepada pelaksanaan dan pembentukan prosedur dalam pengurusan pembelajaran. Pentadbiran biasanya berkaitan dengan kepimpinan, motivasi, penyeliaan dan penyelarasan terhadap kaedah dan perancangan yang telah dibuat dan biasanya pemulihan dan pengawalan akan dibuat untuk memperbaiki rancangan yang telah dibuat. Antara komponen utama dalam pengurusan murid adalah seperti mengurus buku rekod murid, buku disiplin, buku kesihatan dan sebagainya lagi. Sememangnya, pengurusan murid dapat melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pada itu, pengurusan murid juga sangat membantu murid untuk sentiasa konsisten dalam proses pengajar oleh guru dalam kelas. Selain itu, guru juga dapat merancang dengan baik bagi melaksanakan proses P & P dalam kelas dan pada masa yang sama dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid. Seterusnya, pengurusan murid juga  meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara gading. Oleh itu, sewajarnya pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna bagi melahirkan murid yang tersedia dengan kepelbagaian aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.   


      



TOPIK 5 PENGURUSAN BILIK DARJAH 




Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berlaku sempurna jika prasyarat utama tidak dapat dipenuhi iaitu apabila pengurusan bilik darjah tidak dapat berlaku dengan baik. Aspek pengurusan bilik darjah merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan tertaur dan baik. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Setiap guru harus dibekalkan dengan kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik bagi memastikan pengurusan bilik darjah dapat berlaku dengan baik. Pengurursan bilik darjah yang berkesan melibatkan pelbagai aspek seperti peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan pembelajaran. Bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan jika seorang guru dapat bertingkah sebagai pengurus yang baik seperti mampu bersikap tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Gaya kepimpinan guru yang berkesan sebenarnya mampu memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran di dalam bilik darjah. Guru-guru mestilah mempunyai ilmu mengawal faktor teknikal. Pengawalan faktor teknikal ini penting bagi merangsang semangat dan kesediaan pelajar. Guru-guru hendaklah mempunyai ilmu bagi mengawal apa sahaja faktor yang akan mempengaruhi corak dan suasana bilik, mempunyai ilmu untuk mengawal faktor fizikal, mempunyai ilmu untuk mengawal faktor sosial iaitu perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah, dan mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi emosi murid-murid. Intihanya peranan seorang guru adalah menjadi tunjang utama dalam memastikan pengurusan bilik darjah dapat berlaku dalam keadaan yang baik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, sistematik dan terancang.




TOPIK 6: PENGURUSAN SUMBER



Pengurusan sumber adalah merujuk kepada sesuatu yang digunakan oleh para guru bagi menarik minat para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik pembelajaran dengan lebih mendalam. Menurut (Buck,2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi,manusia, serta kewangan dan teknologi. Kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut.  Dalam pendidikan, pengurusan sumber merujuk kepada pusat sumber iaitu Pusat Sumber Sekolah(PSS). Hal ini dimana, PSS memainkan peranan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan bahan bacaan untuk para murid berdasarkan kepada objektif pusat sumber itu sendiri. Sesebuah pusat sumber itu dianggap sebagai berkesan berdasarkan kepada penggunaan,kepimpinan, kewangan, kemudahan fizikal dan koleksi bahan pusat sumber tersebut. Sesebuah pusat sumber sekolah yang lengkap ialah pusat sumber yang mempunyai bahan dan perkakasan yang lengkap untuk kegunaan murid. Objektif pusat sumber ditubuhkan adalah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, pengggunaan kemudahan, pemupukan tabiat belajar, penghasilan bahan, perkhidmatan pembelajaran dan kemahiran maklumat. Pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

      












Comments

  1. Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari yang menyampaikan info yang sangat berguna dan menarik buat semua pengguna. Info yang disampaikan akan menambah ilmu pengetahuan kepada saya mengenai pengurusan pembelajaran yang tidak diketahui selama ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk maklumat itu.Maklumat itu sangat membantu saya untuk kajian saya.

    ReplyDelete
  3. Menarik. Amat membantu . Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment